Hello!!!

Friday, December 4, 2009

My Heart Is Pumping Harder.

Seminggu beb. Kau rasa apa yang saya rasa sekarang? Macam rasa kesian dengan jantung sendiri kebelakangan ni kerana terpaksa bekerja keras mengepam lebih pantas. Ini keputusan muktamad ke ni? Entahlah. HAHA. Boleh lagi cakap macam tu.

Saya sudah mengkirimkan kad kepada rakan-rakan. Ada yang secara pos, ada yang secara by hand, ada yang by hand tapi hand orang lain, ada yang tak sempat hantar, kasi SMS je, FB pun ada jugak. Walau apa method sekalipun, engkau (ye, engkau yang tengah baca ni) adalah dijemput.

Berikut dinyatakan soalan-soalan teka kata minggu ke 8 diterima dari kawan-kawan pernah seperjuangan dulu:

1. Eh, kau kahwin dengan Fitri ke? Dapat jugak Fitri tackle kau eh.
Dah jodoh aku dengan dia. Takkan nak tolak pulak. Heh. Jawapan standard.

2. Apasal kau kahwin muda sangat ni? Tak menyesal ke? Tak habis enjoy lagi ni beb.
Soalan ni memang banyak jawapan aku bagi. Semuanya betul. Apa kau ingat aku nak kahwin sekarang. Nak menyesal apa kahwin muda. Kau belum tahu hidup sampai bila. Entah-entah esok mati. Kalau lepas kahwin, agak-agak aku nak enjoy, salam tangan beliau terus cabut keluar rumah enjoy sakan. Hahaha. Ni jawapan yang aku suka. HAHA. Atau jawapan lebih manis seperti jawapan no 1.

3. Kau kahwin ngan boyfriend kau masa kat MRSM ke?
Wak lu. Kau tengok nama kat kad tu. Usah ditoreh luka lama. HAHA. Geli aku dengar. ATau jawapan lebih manis jodoh dengan orang lain.

4. Weh, apasal kad kau ni semacam je?
Apasal nak kad macam-macam pulak. Karang jap gi orang buang jugak. Yang simpan adalah sorang dua. Sorang tu aku, dua tu mungkin aku jugak. Atau jawapan lebih manis tu je yang mampu.

5. Berapa hantaran kau?
Weh, please. Soalan lain boleh? Atau jawapan lebih manis adalah sikit.

6. Apasal muka kau hitam berjerawat ni? Kau ni tak reti jaga muka ngan badan ke nak kawin?
Htw. Jaga muka ngan badan kau dulu baru cakap macam ni dengan aku. Atau jawapan lebih manis. Kahwin tak kahwin macam ni jugak muka aku.

Dah. Sekian. Nak sambung debaran.


Tuesday, December 1, 2009

GMS. Again.

Tinggal beberapa hari lagi. Phew. Kakitangan dah sejuk. Perut dah bergelora dengan rama-rama. Kepala semakin pening. Kuku belum terbuat. Baju belum terpilih. Hantaran tak cukup lagi. Nak kawin koboi je boleh mak?

Weekend ni, then weekend depan. Kemudian tukar status. I tak rela. Boleh tak panggil I Cik je. Hah. Gedik lah kau ni.




Btw, tahniah kepada Dayo yang telah bernikah dengan kekasih hati pada 27hb November 2009. Serta Wani & Afiq yang telah mendapat hasil dari pernikahan Ogos lalu. Maslia yang sudah hampir lima tahun tak jumpa, selamat menjadi isteri orang pada tarikh itu juga. Juga Aya&Pami, mungkinkah kita akan berkongsi tarikh pernikahan?


Thursday, November 26, 2009

The Necessity(ies)

It is call necessities. I, ok i think, we will need this for life after marriage. Err. Ini ayat double meaning. HAHA.

Bedsheet. Ini adalah kemestian. Err. Bedsheet and comforter saya sekarang ni pun dirompak dari rumah emak. Kalau tak, memang takde lah tidur beralas bedsheet. Heh. Very pity.

Bedside lamp. Err. Penulis adalah seorang manusia penakut tidur seorang diri. Memang akan membukak lampu sepanjang malam kalau housemates semua tiada di rumah. Jadi sekali lagi, ini adalah keperluan.

Microwave oven. Err. Penulis suka makan tak habis lepas tu simpan dalam peti sejuk lepas tu sebab kat sini takde microwave lepas tu makanan tu pegi buang saja. Sob. Sob. Makanan nangis. Saya tak bersalah.

Pans and pots. Ini tak payah terang lah kan. Dah sedia diterangkan sebelum ini.

Juice extractor. Sebelum kahwin lagi EF dah azan kat telinga saya 'Lepas kahwin nanti you buatkan I juice eh'. Redha.

Vacuum cleaner. Ini saya tak akan cakap banyak. memang akan jadi hak milik kekal EF. Weh, saya ada allergy. Tak boleh berpeluh. Nanti allergy makin teruk. HAHA. Alasan ni weh.

Cutlery. Walaupun dua-dua kami ini adalah Java, tapi tak dinafikan penggunaan perkara di atas ini dalam kehidupan seharian.

Cooking utensils. Ini kalau takde pun takpe. Ada alasan saya tak payah masak nanti. HAHAHAHA. Keji.

Sandwich maker. EF selalu mintak roti bakar kalau pergi kedai makan tu. Untuk nampak macam baik (wth) biarlah lepas ni saya pulak buatkan roti bakar untuk beliau. ~muntah lah kau baca~.

Frame. Saja buat koleksion penambah habuk kat rumah. Gila. Mestilah nak show off gambar gedik kan.

Throw pillow. Dah nama throw pillow. Nak buat throw lah nanti. Mana tau nanti ada yang tak puas hati. Nak melawan dah derhaka masa tu. Jadi kena lah throw pillow je. HAHA.

And last but not least, of course cash.



Tuesday, November 24, 2009

It was 11 years ago



Kalau kau pandai kau cariklah mana saya.


Saturday, November 21, 2009

Please Be Careful

Please be careful. Tengah darah manis. HAHA. Ramai yang cakap macam tu. CC kat tempat EF tu dah banyak kali cakap. Err. Balik raya haji nanti I nak buat blood glucose testing la. Nak tengok manis ke tak. HAHA. Sengal.

Off about wedding. Hari ini saya mahu cerita sedikit perkara benar. Perkara benar ini berlaku kepada kakak kepada seseorang yang sangat rapat dengan saya. Mari kita panggil dia Kak D. Ceritanya bermula begini.

Minggu lepas Kak D telah didatangi oleh sekumpulan lelaki Cina budget muka cam mafia setempat semasa Kak D sedang bekerja. Rupa-rupanya mereka ialah Along Saya ialah Along. Saya bukan nak tolong. Ok. Dah serius. Along membagitau Kak D bahawa beliau adalah penjamin kepada seseorang yang bernama Icha yang telah membuat pinjaman dengan Along tersebut.

Kak D sangat terkejut. Sebab beliau tidak pernah menjamin perempuan bernama Icha itu. Tapi Along itu mengkeluarkan bukti sesalinan fotostat I/C Kak D. Bertambah terkejutlah Kak D. Kerana salinan I/C itu telah diambil oleh perempuan ICha itu dari meja beliau. Lupa nak cakap, Icha tu officemate Kak D. Icha dah tak datang office sejak minggu lepas lagi.

So sekarang Along tu suruh Kak D bayar pinjaman Icha. Dia pinjam RM65k. Termasuk bunga jadi RM78k. Mana weh nak cari RM78k tu. Bukan sikit. Dan Kak D dapat tahu dari seseorang, sebelum ni, Icha ada buat begini jugak. Tapi melibatkan jumlah yang kecil. Sekarang Kak D sedang ketakutan. Along itu sudah melancarkan ugutan bertubi-tubi. Saya juga takut. Along tu bagi tempoh 10 hari. Kalau lambat, kena tambah lagi RM6k untuk 2 minggu.

Jadi pesanan saya:

  1. Please be careful of your belongings walaupun hanya sekeping kertas fotostat.
  2. If you know this person name Icha, bertubuh besar berjantina perempuan dan sedang tiada tempat tinggal sekarang ( dia tak balik rumah lagi sebab Along tu tunggu depan rumah dia), do let me know.
  3. Please copy this entry and paste into your blog. Spread this news. Please.
  4. Tolong doakan tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku dan Icha itu balik untuk membuat pembayaran.
Thanks readers.


Tuesday, November 17, 2009

Peek It
















Monday, November 16, 2009

Invitation

To friends out there no matter you are long lost pal, pal pal, cyber-pal or whatever pal you are. Do leave your address here for the invitation. Thank you.


Convocation

After 4 years struggling (ceh tak wajar guna perkataan struggling padahal hakikatnya berfoya-foya saja), finally the day has come. The convocation day. The climax of being a student.

Biarpun agak terlambat sampai pagi kejadian sebab tidur lambat tulis nama atas kad sampai pukul 2pagi malahan macam tak boleh blah bile tak tau nak pergi mana pasal tak datang rehearsal tapi semangat mengkonvo tu membara-bara lah.

The most important thing mestilah bercerita dengan kawan-kawan kan. Series masa ni rasa dah macam apa tah joyah pun boleh kalah orang amik scroll pun boleh buat alasan bercerita. Siap tukar tempat duduk dalam dewan tanpa rasa bersalah sebab memang sah lah nak bercerita macam dah takde orang lain dalam dewan tu padahal vice chancellor terpacak tegak kat depan mata.

Ok. Sudah. Tak mahu membebel. Pictures tell thousand words. Or in other words penulis sudah tidak mahu meneruskan pertandingan esei penulisan bawah 18 tahun. Perasan Sweet 17. HAHA.

Kau tengok. Punyalah gian nak bergosip sampai sanggup tukar seat ada tu dari row depan pegi row belakang. Memang hard core gosipper lah ni. HAHA.

Muka kegembiraan Kelab 401. Missing a member. Cannot be located. Paging for Azie. Paging for Azie.

Muka ini lagi. Eh. Dah bosan lah.

Suka secara pukal gambar ini. Memang malu ah nak campak mortar tu. Tapi bila campak sendiri rasa suka. Suka. Suka. Kau tengok, mortar saya paling tinggi. HAHA. Sesuai.
Align Center
Kan dah kata memang muka ni je lah yang banyak pun.


Terpaksa cilok gambar dari FB Ckin. Nak tunggu EF masukkan gambar dalam laptop, memang tak masuk-masuk.


Friday, November 13, 2009

Menggeletar

Kau tengok ticker kat atas tu? 30 hari weh. Boleh membuat usus berselirat dan kupu-kupu di dalam perut berterbangan.

Okey. Memang gigil.Rasa nak pergi buang ticker tu tapi macam takde guna sebab masa berjalan jugak.



Sunday, November 8, 2009

Kita Ni Tua Sangat Ke You?

Dulu, bila kawan-kawan seperjuangan beli motor bawak pergi kelas pasal senang nak rempit, mencelah sekitar kereta ketika jam.
Kita pulak beli kereta konon-konon senang, untuk masa depan. Sedangkan masa depan (yang bermaksud sekarang), kereta tersadai sendirian di rumah.

Bila dah start kerja, kawan-kawan pula membeli kereta baru. Tidak kurang hebatnya. Sama-sama mempamerkan rupa paras kereta baru. Tak kira buatan Malaysia atau bukan Malaysia.
Tapi kita beli minyak hitam kereta saja. Nak buat servis. Takut merajuk tak boleh start nanti.

Bila orang sibuk mencari cinta, kita pulak sibuk nak bertunang.

Bila sekarang ni, orang sibuk nak mentimbangkan ke langkah seterusnya, kita pulak akan berkahwin.

Agaknya, lepas ni kawan-kawan nak kahwin, kita pulak mungkin sudah bertiga. Atau berempat barangkali.

Agaknya kawan-kawan baru merancang nak ada anak, anak kita sudah masuk sekolah kot.



Kita ni tua sangat ke you?




Dipetik daripada Hikayat Hidup Seorang Uda dan Dara.

Persoalan adalah dikemukakan oleh Si Dara sambil didengar oleh Si Uda kemudian Si Uda hanya ketawa sahaja. Mensedapkan hati Si Dara.





Friday, November 6, 2009

Ini Memang Pelik

Tinggal lebih kurang 36 hari lagi (InsyaAllah) saya akan dinikahkan dengan beliau. Err. Rasa macam seram sejuk pulak bila mencakap tentang nikah. Err. Betul ke ni dah nak kena kahwin. Macam dah takut-takut ayam dah sekarang ni.

Sekarang sedang mengkumpul alamat kawan-kawan untuk menghantar kad jemputan. Err. Sungguh. Rasa macam pening dah sekarang. Mana kawan yang dah lost contact. Mana pulak kawan yang masih belum mintak alamat. Memang pening. Tambah pulak hari Isnin nanti ada exam. Pening secara berganda.

EF berada di KL sekarang. Go kart and mini bike things. Again. Sob sob. Eh. Tidak boleh membuat ayat begini. Sebagai Surya Namamu Teratas *muntah* kepada beliau, harus membagi sokongan padu seribu percent. Ok. Fine. Fitri, I sokong you Fitri. I sokong you ni. HAHA. Sambil macam bergembira sedikit sebab kereta saya boleh conquer sorang. HAHA. Baiklah. Beliau takde, bolehlah saya membuat pembelian secara haram dengan mudah seperti mencarik baju kerja, atau kasut kerja atau tudung kerja*alasan. Alasan ni weh. Sebenarnya nak pergi membazirkan duit kat shopping mall* yang kalau beliau ada memang sah keluar ayat pertimbangan dari beliau seperti 'You pakai ke kasut ni nanti. Hari tu you kan baru beli kasut tapi I tengok you simpan je dalam kereta'. HAHA.

Cakap pasal kereta, saya rasa saya semakin kehilangan driving skills. Heh. Nak masuk roundabout pun terkial-kial weh. Padahal kalau dulu tu dah kira selamat dah. Sekarang ni siap macam boleh berkira-kira nak masuk ke tak nak masuk ke tak. Tu belum kira masa nak u-turn lagi. Kereta dah berderet kat belakang nak tunggu I u-turn tapi tak u-turn jugak. Pastu kalau suruh kena bawak kereta tu memang berduyun lah alasan keluar dari mulut. Naik lemak seh tiap-tiap hari EF bawak kereta, saya mentidur kat sebelah beliau. HAHA.

Oh saya ingin menceritakan perkara pelik yang berlaku pada saya sekarang. Dulu, kalau pergi shopping mall, shop atau department yang akan saya tuju ialah samada kasut atau baju. Memang boleh mendropkan eye ball serta jaw bila melihat kedai-kedai tersebut menjalankan sale berleluasa tanpa pengawasan. Kalau kasut warna yang saya nak takde saiz, sanggup pilih warna lain yang tak berapa mentarik di hati tapi sebab sale eh macam tak boleh lepaskan peluang lepas tu pergi beli kemudian bila pakai eh macam cantik tapi lepas tu macam biasa simpan dalam kereta denagn anggapan nanti lah baru pakai. Bahaya perempuan ni. Memang bahaya.

Sekarang ni saya macam tak tertarik sangat pada tempat macam tu. Bukanlah tak tertarik langsung, tapi macam kurang tertarik lah sekarang. Kuasa magnet sudah berkurangan. Habis? Kau tertarik pada apa? Ok. Fine mungkian kau akan gelak tapi lagi sekali fine. Kau gelaklah aku tak kisah. Saya macam *macam eh. Macam. Bukan betul-betul. (Masih tak nak mengaku)* tertarik pada non sticky frying pans and pots bermacam saiz mungkin kegunaan harian kelak. Heh. Dua benda ni memang boleh buat I terbehenti langkah pastu macam usha-usha keadaan beliau.

Pelik kan. Dulu memang takde nafsu ke arah ini.

Ye. Gelak la kuat-kuat. Ni aku belum buat satu lagi pengakuan lebih besar. Kalau buat, ada yang gelak sampai terkencing nanti.



Sebenarnya saya nampak Tefal bawah kaler merah tadi. Macam *again, macam eh. Bukan betul-betul* cantik je kat mata ni.


Tuesday, November 3, 2009

SORC

Baiklah. Hari ni saya mahu mentukar watak menjadi seorang raksasa gorgon. Err. Maksud saya menjadi tourist guide. Heh. Tengok tajuk pun dah tahu kan pergi melawat ke mana. Back to nature baby. Jadilah seorang pencinta alam. HAHA.

OK. Hari ni blog akan bertukar status menjadi travelog. Cewah. Geli siot. Padahal sah-sah lah ni memang rapuan sepanjang zaman. Tapi seperti biasalah, kalau kau nak baca, baca. Kau tak nak dah pergi main jauh-jauh. Tak nak kawan. HAHA.

Sepilok Orang Utan Reservation Centre (SORC) adalah terletak kira-kira 23km dari Sandakan atau lebih tepat lagi 6-jam-sakit-pinggang berkenderaan darat dari Kota Kinabalu bandar belum jatuh cinta lagi.Eh. Why so skema eh ayat ni. Ok Fine. Travelog memang begitu. Ayat penuh tatasusila buat karangan confirm cikgu terpegun jatuh hati bagi markah penuh lepas tu tampal karangan di sekolah lain sampai dapat surat peminat meminati hasil karangan. HAHA. Kenangan tu. Kenangan.

Eh. Apalah yang ada kat sini sampai menarik hati sangat sampai blog menjadi travelog ni? Alah. Soalan senang gila kau tanya *sambil carik pamplet keluaran tempatan SORC*. Dah nama orang utan rehab centre. Mestilah ada orang utan kan. Selain itu tarikan utama dia termasuk lah Proboscis monkey. Eh. Macam handsome lah nama monkey ni. HAHA.

Masa kunjungan kehormat saya ini, petugas SORC sedang memberi makan kepada orang utan. Eh. memang bersopan santun lah mereka makan. Monyet-monyet lain pulak sibuk-sibuk nak curik makanan dia. Tapi dia steady je makan penuh bersopan. Kiranya kalau bawak jumpe bakal mak mertua, memang terpikat habis lah. HAHA.

Baiklah. Tidak mahu merepek lebih panjang sebab saya ada tugasan mahu di buat. Mentulis kad jemputan okey. Banyak pulak tu! SORC dibuka dari pukul 9 am-12 pm & 2 pm-4 pm everyday except Friday they open until 11 am then open back as usual. bayaran masuk tidak mahal. RM 5 saja untuk Malaysianadult dan RM 2 untuk Malaysian kids. Mahalnya Surya! Weh masuk wayang pun mahal beb. Ni nak jadik pencinta alam. Berkorban la sikit okey. Setiap kamera dikenakan bayaran sebanyak RM 10. Disebabkan pencinta alam ini tak nak bayar tiket masuk kamera, maka beliau menggunakan kamera handphone bergetah saja. HAHA.

Orang utan akan diberi makan setiap hari pada pukul 10 am dan 3 pm. Datanglah pada waktu itu. Syok je tengok diorang makan. Dari jauh nampak petugas bawak baldi buah-buahan mereka sudah mula bergayut menturun ke platform dewan makan. Eh. Macam nak bawak balik je bela seekor kat rumah. HAHA.


Orang utan comel turun tali mahu pergi dewan makan.

Monkey comel jugak dia meniarap atas tali. Comel. Comel.
Anak monkey comel-comel main panjat-panjat kat pokok memang comel berganda lah menambat hati menawan kalbu.
Ini lagi lah wanita comel bersama monkey garang tunjuk taring warna kuning panjang 3 inci setengah dan ibu monkey mempeluk anak monkey. HAHA

Monday, November 2, 2009

9 Women's Words

1. "Fine" : This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2. "Five Minutes" : If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3. "Nothing" : This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine. Just remember this. When women say nothing, it means something.

4. "Go Ahead" : This is a dare, not permission. Don't Do It!

5. "Loud Sigh" : This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to No.3 for the meaning of nothing.)

6. "That's Okay" : This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

7. "Thanks" : A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome.

8. "Whatever" : Is a woman's way of saying F You!

9. "Don't worry about it, I got it" : Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to No. 3.


No comment. HEHE.


Saturday, October 31, 2009

Bercuti?

Saya berada di Sandakan sekarang ini. Hampir 6 jam perjalanan darat dari KK. Dengan jalan raya yang mencabar, walaupun naik four wheel drive *eh apasal nak panggil die four wheel drive padahal kereta lain pun four wheel jugak. Orang drive jugak. Takde tolak pun* tetap rasa melambung. Tiba-tiba rasa menyesal pulak ikut.

Sebenarnya, EF ada kerja di Sandakan. Pasal mini bike dengan go kart die tu lah. Memandangkan saya tak pernah pergi Sandakan dan takde kerja nak buat kat rumah dan kawan-kawan EF datang dari JB boleh bawak jalan-jalan dan nak rasa konvoi kereta ramai-ramai adalah dalam 7 buah kereta, maka saya turutkan jugak pelawaan EF. Tapi serius dah rasa menyesal ikut sekarang ni bila memikirkan perjalanan balik esok. Pergh. Boleh buat bibliografi ni. HAHA.

Ini adalah ringkasan perjalanan hari ini.

KK-Kundasang-Ranau-Telupid-Beluran-Sandakan


Itu versi ringkas. Sebenarnya, panjang perjalanan hari ini. Kelab 401: Ingat lagi tak jalan pergi gunung and Poring tu? Itu cuma satu pertiga je perjalanan ke Sandakan.

Serius. Ini last kot saya pergi Sandakan guna jalan darat. Taubat.



Wednesday, October 28, 2009

Kepenatan

Semalam, sampai di KK pukul 11 malam. Flight ada delay sikit. Bukan pasal previous flight lambat sampai. Tapi sebab ramai sangat bawak hand luggage sampai ambik masa nak susun kat dalam kabin sampai lepas tu tak muat-muat sampai hand luggage dah jadi foot luggage. Ok. Surya. Stop it.

Convo was a great thing despite of '4 years of study but only 5 sec on stage'. To gossip with friends is a most awaiting moment. Haih. Wish that we could go back the time we can gossiping in front of tv with nasi lemak jati. Well, a convo entry will be posted later *miss you guys, already*.

Petang tadi, saya dapat call. Alhamdulillah. Souvenir things have already arrived safely at home. So after this, I have to find things that should be put inside the thing. Hehe. Would be some food i guess. An egg or candies. Don't know yet. Will discuss with parents first.

Oh. I give my hantaran items to Alin and her mum to do the finishing. Let the expert do their job. Hehe. At first, I determine to do the hantaran by myself. Preparing the petals was done with helps of friends and family * Ckin, ingat lagi kita jerit-jerit pagi-pagi buat bunga?* Then, to cantum all the petals and flowers to bunga dulang, I have to ask for Alin's mum help because of time and skill constraint. Sedih jugak as I want it done by me, myself. Tapi, bila pulak nak buat kalau dah orang kat KK, kahwin kat Selangor. Pastu nak travel bawak hantaran naik flight. Sampai KL dah jadi hunter-run agaknya. HAHA.

Few things lagi nak dibeli untuk cukupkan hantaran. Foods and foods and foods. HAHA. Itu jelah yang nak di bagi. Yang lain tu tak ape lah. Kita hanya merancang.

Cards for classmates were already given on the day of convo. Heh. Malu sebenarnya nak kasik. Apasal tah malu. Gile ke ape. HAHA.


Sunday, October 25, 2009

Lega Sikit

Semalam, sudah selamat tiba ke KLIA (Hazwan, happy birthday! Semalam aku tak sempat wish. Busy gile). Sampai sahaja ke KLIA, terus balik rumah untuk lunch. Heh lunch lagi kalau makan pukul 4 petang. Kesian family terpaksa menahan lapar sebab nak amik saya kat airport.

Selepas itu, pergi membeli belah barang perkahwinan. So damn tired. Ok. Sudah beli set bilik tidur. Tapi..over budget. Sebab mak ayah suruh beli yang solid wood yang semestinya dua kali ganda harga dari compressed wood. Fine, memangla kualiti yang solid wood lagi baik, tapi..~Pengsan~

Balik dari membeli belah katil tersebut, pergi pulak mencari bunga pahar di bandar Klang. Oh. Murah okey berbanding di Nilai 3 mahupun Ayer Hitam. Sigh. Nak buat macam mana. Yang dah beli tu, sudah lah. What done, cannot be redone. HUHU.

Oh. Semalam singgah jugak di kedai kad kahwin. Heh. Suka. Suka. Kad dah siap. Tinggal buat finishing je. Hehe. Suka. HAHA. Harap-harap orang tak juling baca kad I. HAHA.

Hari ni menyambung aktiviti mencari barang. Kemudian malam akan balik JB. Esok, balik semula ke Klang. Lusa konvo dan balik KK.

Penatnya...



Thursday, October 22, 2009

Inikah Rasanya?

Maafkan tuan kamu wahai blog. Bukanlah niat meninggalkan kamu berharian tanpa sebarang makanan. Tapi Celcom Broadband ini entah kenapalah berkelajuan siput kebelakangan ini.

Hari ni ada presentation CPE which I don't want to discuss here kalau discuss nanti jadi entry terpesong cikgu marah nanti markah karangan kena tolak. Ok. Fine Surya. Tak payah explain.

Less than two months. Cepatnya. Rasa macam baru minggu lepas bertunang. Pastu rasa semalam baru terjadi kejadian emak menggigil anak dipaksa kahwin HAHA.

Entah. Tak tahu motif apa mentulis entry ni. Yang saya tahu, hati saya tengah runsing. Bukan saja memikirkan hal berkaitan kenduri. Yang lebih penting perkara selepas tu.

Mampukah saya menjadi seorang isteri yang baik kepada beliau padahal sekarang ni sikit punya menjawab kalau beliau suruh buat kerja.

Mampukah saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada beliau padahal sekarang ni balik kerja je tersadai macam kain buruk macam lah kau kerja kuli angkat batu ke apa.

Mampukah kami hidup bersama padahal tak hidup sama pun lidah tergigit. Kalau hidup bersama nanti, ada pulak yang berwrestling smackdown aku jotos kepala kau nanti.

Mampukah kami survive dalam keadaan ekonomi yang tak berapa stabil baru nak mula hidup peti ais pun takde eh esok bajet 2010 entah-entah dapat bonus.

Dan soalan berupa mampukah ini masih banyak tak tahu dah nak tulis ke tak takut nanti penulis ada masalah pshyco pulak pasal asik pikir pastu tanak kahwin dah pasal takut tak terbuat tanggungjawab.

Dahlah. Nak melayan masalah psycho ni sekejap.

Sumpah. Saya takut.


Sunday, October 18, 2009

Class, Listen Here!

Ok. Class. Hari ni cikgu akan mengajar bahasa ketiga. Sila ambil perhatian ye.

Baiklah. Ambik kertas dan pen. Salin nota ni baik-baik ye.

Dalam mandarin:

Sakit - shengbing
Demam - fashao
Selesema - ganmao
Batuk - kesou
Headache - toutong
Darah tinggi - gao xue ya
Kencing manis - tang niao bing
Kolestrol - tan gu chun
Jantung - xin zang
Cair darah - qing xue

Kalau nak bagi arahan, contohnya setiap hari makan 2 biji 2 kali : mei tian liang shi liang li.

Kalau setiap hari makan 2 biji satu kali: mei tian yi shi liang li.

Ok. Sekian. Itu saja. Cikgu nak sambung belajar lagi. HAHA.



Saturday, October 17, 2009

Desperado

I am desperately need a hair cut.
I am desperately need a treatment to this allergy.
I am desperately need a solution to this extra fat I carry.
I am desperately need a time break, free from work burden.
I am desperately need more money.
I am desperately need to go back to my house.
I am desperately need my retail therapy with Uda and Along.
I am a desperado.




Friday, October 16, 2009

Kenapa?

Saya tak faham kenapa kat Facebook orang nak post dekat wall ayat seperti 'hari ni nak masak mee sup lah' atau 'To you sayang muaahh muaaahh(kepada boyfriend)'. Ok. Memang geli. Kau simpan sendiri sudahlah. Yang nak siap muaahh muaahh secara umum tu ape kes?

Saya tak faham kenapa kat Facebook yang ade application yang kita boleh hantar coklat lah kek lah kuih raya lah lepas tu orang yang dapat tu akan publish kat wall dengan post 'nyum..nyum..sedapnya'. Dapat rasa ke kalau orang tu hantar kek pada kita?

Ok. Bukan bermaksud saya ni anti Facebook. Dah terang-terang kat sebelah kiri ni ada facebook badge saya. Saya cuma tak faham kenapa. Walaupun saya tak suka tapi saya baca jugak sebab dah die terpampang kat dada Facebook. Saya cuma tak faham. Kenapa?

Nampak sangat takde idea nak tulis apa.